Warga Emas 80 Tahun Didenda RM1000 Selepas Keluar Menunggu Bantuan Makanan

Seorang warga emas berumur 80 tahun dilaporkan telah did3nd4 sebanyak RM1000 kerana meng1ngkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas menunggu bantuan makanan di luar rumah.

Warga emas tersebut atau lebih mesra dikenali sebagai Mr. Li dikatakan sedang menunggu berhampiran kawasan restoran untuk menerima bantuan makanan pada 10.30 pagi pada Sabtu lalu (11 April), apabila beliau didatangi oleh anggota polis.

Mr. Li disyaki telah mel4nggarPerintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bersiar-siar di luar rumah, mengakibatkan beliau did3nda sebanyak RM1000.

 

Menurut Li Junmin, Ketua Pegawai Kewangan Buddha Ayer Kuning, Mr. Li tinggal bersendirian di sebuah rumah usang dan merupakan seorang yang sangat susah. Beliau kebiasaanya akan menoreh getah, bercucuk tanam atau melakukan apa-apa pekerjaan untuk meneruskan kehidupan untuk mengisi perut.

Terang Li Junmin lagi, untuk membantu golongan warga emas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, organisasi Buddha akan membantu mereka dengan menyediakan dua hidangan makanan dalam sehari di restoran berdekatan.

 

“Saya yakin dia keluar hanya untuk mengambil makanan di restoran”

 

Li Junmin juga mendedahkan bahawa Mr. Li sebenarnya menghidap penyakit ‘narcolepsy’, sebuah penyakit masalah tidur di mana seseorang itu boleh tidur secara tiba-tiba pada bila-bila masa.

Untuk menyelesaikan masalah ini, penduduk kampung di Ayer Kuning telah membuat kutipan derma untuk membantu membayar d3nd4 buat Mr. Li.

SumberSinchew

Kredit: lobakmerah

18 Comments on "Warga Emas 80 Tahun Didenda RM1000 Selepas Keluar Menunggu Bantuan Makanan"

  1. Eh..macam itu kah? Kesian pula dengar kisah orang tua ini. Jangan2 tak faham apa itu KPK. Dah tunggu makanan lagi tu. Please do show mercy ya.

  2. Nak kuarkan saman tengoklah jg pd keadaan uncle tu,dia xde fb,xtau sgt apa perintah yg telah d keluarkan oleh kerajaan.bglah pelepasan..sbb alasan uncle tu logik.klu dh uncle tu susah,nak tambahkan lagi kesusahan dia.kesian lah.taulah polis hanya menjalankan tugas.tp kptsn d tangan polis ketika itu kan.klu org muda bole lepas dgn memberikan alasan yg menipu.kenapa tak berikan sedikit ehsan pd uncle tu??

  3. Kecualikan lah dia..kesian…

  4. sian pula dngarkan,tapi klu nak kena kan denda tu kenakan lah pada sesiapa saja yg kluar rumah slepas 8 mlm,sebab masa tu kedai semua dah tutup,so x da alasan nak kluar beli makanan,ini pandangan saya

  5. Esther Kolugou | April 19, 2020 at 8:09 am | Reply

    bersifat prihatinlh dgn golongan warga emas…takkan pihak polis buta tsk nampak keadaan uncle tu

  6. Itu timbalan menteri hari jadi… essential sangat ke nak sambut…. pm pun dah kata majllis kahwin ditanguhkan ini Kan?… tangkap itu timbalan menteri… kalau tak lepaskan warga emas ini…

  7. Kesiannn… Harap pdrm tgk semula kes uncle ni dah la warga emas,
    Bkn bekmpuan pun. Knpa tiada budi bicara lngsung?

  8. Bodoh Kut Datang Terus Saman,Orang Susah Tu Sial Lah?

  9. Pls exscuse this poor uncle, he may not understand what is going on. That RM 1000 thathe will use to pay this fine can help him alot. He went to get something to eat to survive. Please reconsider and have mercy on him please.

  10. Warga emas without proper shelter n food…u wan to summon…karma will teach lesson to the guy who give him this much of trouble…brainless moron..I’m so sorry for the uncle….

  11. anggota polis apa mcm begitu? tiada perikemanusiaan & timbang rasa. kalau kena ibubapa dia sendiri baru dia sedar. menajalankan tugas tu pakai juga otak sikit. jangan lurus bendul. PKP ni bukan selalu terjadi, baru dekad ini. jangan angkuh dengan pangkat, guna kuasa ke arah yg salah. sudahlah dia orang tua, miskin lagi, kamu fikir tidak berdosakah menambah kesusahan hidup dia? Tuhan ada dan sentiasa melihat. jangan lupa.

  12. Peggy Patricia Marsh | April 20, 2020 at 9:28 am | Reply

    It’s not fair he just went to get food it’s not like he was hanging around and making trouble please be merciful. And moreover he is old OK.

  13. Kesian…sebelum nk saman anggaplah dia sebagai ayah Kita…tergamak ker???

  14. Ranjeet kumar | April 21, 2020 at 1:24 pm | Reply

    Dia keluar seorang untuk dapat kan makanan apa salah dia inikah cara kerajaan yg mengunakan nama agama dan bangsa…

  15. It’s not fair he just went to get food it’s not like he was hanging around and making trouble please be merciful. And moreover he is old man.

  16. Umur 80 tahun pun kena saman. Uncle mana nak bayar. Kalau nak bayar pun guna wang akhirat. Renungkanlah. Ini Polis pun hanya menjalankan tugas aje. Tak ada salah sesiapa. Uncle go. 80 jadi 90.

  17. pndapat sya, elok rasanya org tua nie dilepaskan bagi prluang.. brkurung sorg diri ada apa kat rumah? lagi lagi barang keperluan harian.. xbrduit. Rzeki tutup? beri bantuan segera yg mmrlukan. Alat brhubung..(HP)..sah gelap..Shre

  18. Tidak berperikemanusiaan. Kalau ada alasan kukuh, tak payahlah denda bagai. Menteri boleh pula disuruh minta maaf. Tidak adil betul. Kembalikan duit org kamoung rm1000 itu.duit itu boleh diguna sebulan bagi dia makan utk teruskan kelangsungan hidup. Berbelas kasihanlah wahai PDRM.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*