“Memang bukan biasa-biasa, kekasih Scha Alyahya”- Peminat Tak Sabar Menunggu Naqiu Berlakon

Juara Gegar Vaganza 2019 Naqiu menarik perhatian wargamaya apabila bergandingan bersama Scha Alyahya menerusi satu drama yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Menerusi laman sosial Instagram, Naqiu memuat naik beberapa keping foto di sebalik tabir adegannya bersama Scha untuk tatapan umum.

“Memang bukan biasa-biasa #BilaNaqiuBerlakon kali ni! Lain betul dengan Semarak Naga dulu. #PleaseJanganKecam,” tulis Naqiu menerusi ruangan kapsyen.

Membawakan watak sebagai Hairi, kekasih kepada Naina lakonan Scha, Naqiu turut berkongsi foto adegan berpegangan tangan dan sesi pujuk-memujuk.

 

View this post on Instagram

 

Memang bukan biashe2 #BilaNaqiuBerlakon kali ni! Lain betul dgn semarak naga dulu.. 🤣🙈 #PleaseJanganKecam

A post shared by Naqiu Mohd (Boboy) (@thisisnaqiu) on

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata peminat tidak sabar menantikan drama terbaru Naqiu dan Scha.

Malah, ada pengikut yang turut mengusik beberapa adegan manja pasangan kekasih itu.

“Hahaha, macam-macam mimik muka, gambar nombor 4 tu paling win,” komen seorang wargamaya.

“Alalala dia pegang-pegang tangan pulak, pujuk-memujuk ke tu?” usik seorang wargamaya.

“Wah, makin tak sabar nak tunggu drama ni. Hairi berjaya pujuk Naini la,” kata seorang wargamaya.

“Terbaiklah bro, aku ni memang bukan jenis tengok cerita-cerita macam ni. Tapi demi kau, aku akan melekatkan diri aku depan TV tu,” tulis seorang wargamaya.

 

View this post on Instagram

 

Fuhhhh ni bukan biashe2 guys! 😬🤣 #BilaNaqiuBerlakon

A post shared by Naqiu Mohd (Boboy) (@thisisnaqiu) on

Diarahkan oleh Hadith Omar, tajuk drama lakonan Naqiu dan Scha ini masih dirahsiakan oleh pihak produksi.

sumber : gempak

Be the first to comment on "“Memang bukan biasa-biasa, kekasih Scha Alyahya”- Peminat Tak Sabar Menunggu Naqiu Berlakon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*