Sebelum ini, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri ada berkongsikan rakaman video menemani isterinya, Datin Seri Nur Shahida untuk sesi imbasan anak kelimanya.
Menerusi perkongsian itu, Aliff juga berniat untuk membawa jemaah ke tanah suci bagi menunaikan umrah dan hal itu membuatkan ramai mendoakan niat baik usahawan ini.
Terbaru, Aliff menerusi Instagram mengatakan ia bukan gimik dan berkata paling sedikit 200 orang dan usahawan ini mahu menghantar ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan umrah pada tahun 2020.
“Paling sikit 200 orang abg nak hantar ke Umrah tahun 2020 ni… Yes ini bukan gimik, alhamdulillah selepas mesyuarat agung abg dgn rakan bisnis abg, sasaran jualan utk syarikat @as.legacymalaysia abg target 2 kali ganda…” tulisnya.
Diruangan komen, perkongsian usahawan ini membuatkan rata-rata netizen mendoakan yang agar dia dimurahkan rezeki.
Pasangan usahawan ini telah berkahwin pada 2007 dan dikurniakan empat orang anak serta menjaga seorang anak angkat.
Kredit: Datuk Seri Aliff Syukri / HCL
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Be the first to comment on "“Paling sikit 200 orang abg nak hantar ke Umrah tahun 2020 ni”- Aliff Syukri"